Responsive Advertisement

Ikhlaskah PAS dalam memperjuangkan Hudud

4 tahun lepas PAS berjanji mahu mendidik DAP dan bukan Islam tentang Hudud apabila orang ramai mempertikaikan kerjasama PAS dan DAP. 4 tahun sudah berlalu, Hudud berbunyi semula dan tindak balas DAP adalah sama seperti sebelumnya, konsisten tolak Hudud dan negara Islam. Mana janji PAS?

Bukan Islam bukan sahaja keliru malahan dimomokkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa Hudud ini tidak adil dan kuno, contoh dakwaan mereka, syarat saksi mestilah Islam, jika jenayah berlaku depan bukan Islam maka dikira tiada saksi dan penjenayah akan bebas, wanita yang dirogol akan dihukum berzina jika tiada saksi Islam, jika mat rempit Islam jadi saksi tidak dikira kerana mereka tidak adil, dan banyak lagi, menunjukkan mereka terawang-awang, tidak faham dan berpandangan salah akan Hudud.

Dalam banyak-banyak komen sesat itu saya terbaca komen seorang bukan Islam yang terbuka kepada Hudud, kata beliau sebelum Hudud ini diteruskan kenapa tidak diedarkan handbook yang mengandungi set lengkap undang-undang hudud, kesalahan dan hukuman, prosidar perundangan, skop, had, hak dsb berkaitan dengan hudud yang bakal mengantikan hukum sivil supaya dapat diteliti, difahami, dijadikan rujukan dan panduan oleh orang ramai terutama orang bukan Islam?

Saya terpegun, betul juga, pro pakatan boleh keluarkan buku jingga menerangkan bagaimana pakatan mahu membelanjakan wang rakyat jika mereka naik tahkta. Bar council boleh keluarkan buku merah hak asasi manusia, menerangkan hak orang awam ketika berhadapan dengan pihak polis, kedua-duanya dalam bentuk e-book yang boleh didownload dan dibaca oleh sesiapa sahaja. Tapi bab Hudud hanya ucapan umum dari mulut ke mulut tanpa bahan bertulis.

Kenapa tiada Hudud handbook dalam pelbagai bahasa, untuk membentangkan set kesalahan dan hukuman, prosidar perundangan, pentas hukuman untuk sebatan, pancung dan hukuman rejam, perlukah live depan mata atau cukup live di TV, hatta penerangan apa itu Hudud sendiri dalam bentuk e-book supaya dapat didownload dan dibaca oleh semua orang, Islam dan Bukan Islam, seterusnya boleh diikuti dengan taklimat dan seminar?

Sebenarnya orang Islam yang menjerit Hudud, Hudud itupun cuba tanya dia apa itu Hudud maka dia akan merapu kerana dia sendiri bukannya tahu, hanya mahu glamer.

4 tahun adalah masa yang lama, jika PAS mengumpulkan pakar-pakar perundangan dan agama dan sudah memulakan usaha ini 4 tahun lalu, pandangan DAP, majoriti orang bukan Islam dan orang Islam sendiri sudah pasti akan lebih terbuka terhadap Hudud daripada sekarang, malah dapat menangkis serangan daripada pihak-pihak yang cuba memberi gambaran buruk terhadap Hudud, tapi mengapa ini tidak berlaku? Mana janji PAS?





Di sini lah tembelang PAS pecah. Ikhlaskah sebenarnya PAS dalam memperjuangkan Hudud? atau Hudud ini hanya pawn (askar dalam catur) untuk membolehkan PAS terus berkuasa dan makan gaji buta? Bila menjelang pilihan raya rakyat akan bertanya, apakah kerja PAS selama ini, waktu itu YB YB PAS mula gelabah tidak tahu nak tunjuk bukti mereka buat kerja, maka Hudud pun didengkan menutup pekung di dada, kami juangkan Hudud, bukti belum ada kerana BN halang- selamat sepenggal, ada harapan sepenggal lagi, akhirnya 4 penggal berlalu tanpa hasil apa-apa.

Walaupun selepas ini ada orang akan bertanya kenapa BN tidak keluarkan? Jawapannya Hudu tidak akan terlaksana dengan menunding jari. PAS hanya mahu publisiti kononnya memperjuangkan Islam seperti setiap kali artis bertudung PAS akan buat bising seolah-olah ini adalah hasil dakwah mereka, buat demo bila kapal bantuan Malaysia disekat Israel, padahal UMNO punya usaha PAS lansung tiada kaitan, hanya kejar glamer dan wang- balak dan kini minyak.

Kesimpulannya, harapan umat Islam mahu lihat tertubuhnya negara Islam dan terlaksananya hukum hudud terletak di tangan NGO yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan bukan pada sebuah parti yang mensasarkan populariti, kuasa dan wang ringgit. WaAllahu Ak'lam.

Junah@ twitter.com/opshield