Responsive Advertisement

Keputusan Liga Juara 20/09/2012 - Chelsea seri, Barca Menang

NAIB juara La Liga Primera 2011/2012, Barcelona membuka tirai kempen saingan Liga Juara-juara Kumpulan G dengan kemenangan 3-2 ke atas Spartak Moskva di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Dengan kemenangan ini, kelab The Catalan di bawah kendalian pengurus baru, Tito Vilanova meraih tiga mata untuk berada selesa di kedudukan teratas Kumpulan G.

Pada perlawanan tersebut, beraksi di hadapan di gelanggang sendiri, Barcelona bagai dirasuk apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan.

Akhirnya gol semangat yang dicari tuan rumah menjelma pada minit ke-14 menerusi Tello apabila pemain itu bijak menyudahkan hantaran menarik Xavi Hernandez sekali gus mengukuhkan kedudukan di hadapan.

Namun kegembiraan juara La Liga Primera 2011/2012 itu tidak kekal lama apabila pertahanan Spartak Moskva, Dani Alves berjaya membolosi gawang lawan untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-29.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat nyata mempamerkan aksi bertenaga apabila mula menjarakkan kedudukan 2-1 setelah Rômulo menyudahkan hantaran diterima daripada Aiden McGeady pada minit ke-59.

Gol tersebut tidak menyentap semangat juang kelab The Catalan apabila turut melancarkan serangan ke kubu pasukan pelawat menerusi rangkaian jentera serangan diketuai Lionel Messi namun berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah tidak berputus asa apabila asakan penyerang sensasi, Lionel Messi berjaya mematahkan jentera pertahanan dengan membolosi gawang pada minit ke-72.

Selang beberapa minit kemudian, Messi sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-80 untuk melengkapkan pesta gol Barcelona sebelum perlawanan berakhir menjadikan kedudukan 3-2.

Sementara itu, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea gagal meraih bekalan selesa apabila hanya terikat seri 1-1 dengan pasukan Juventus di Stadium Bridge.

Kedua-dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan menerusi Oscar pada minit ke-31 dan 33.

Manakala gol sulung pasukan pelawat pula dijaringkan oleh Arto Vidal pada minit ke-38 sebelum Fabio Quagliarella memusnahkan impian tuan rumah untuk meraih tiga mata setelah menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-80 perlawanan.

Manakala, jaringan Maichael Carick pada babak awal perlawanan membolehkan anak buah Sir Alex Ferguson meraih kemenangan sulung di Stadium Old Traffod.

Dengan kemenangan itu, Manchester United kini menduduki tangga kedua di belakang CFR Cluj dalam Kumpulan H.


Berikut keputusan Liga Juara-juara

Kumpulan E
Chelsea (2) mln Juventus (2)

Shakhtar Donetsk (2) mln Nordsjaelland (0)

Kumpulan F
Bayern Munchen (2) mln Valencia (1)

LOSC Lille (1) mln BATE Borisov (3)

Kumpulan G
Celtic (0) mln Benfica (0)

Barcelona (3) mln Spartak Moskva (2)

Kumpulan H
Manchester United (1) mln Galatasary (0)

Sporting Braga (0) mln CFR Cluj (2)