Responsive Advertisement

Kenyataan Nurul Izzah: Apa guna justifikasi benda salah.

Blog-blog pro murtad (PKR dan DAP terutamanya dan k. gereja) dalam usaha menjustifikasikan kenyataan Melayu seharusnya boleh murtad oleh Nurul Izzah telah mengorek dan menyebarkan dakyah kononnya Pak Lah juga membenarkan orang Islam keluar dari Islam jika tidak lagi berminat. (untuk rekod saya tidak akan menyokong kenyataan Pak Lah ini jika benar)

Berbeda dengan blog PAS dan beberapa kepimpinannya seperti ketua Pemuda PAS, Tantawi, bekas timb presiden, Nasharuddin, ahli majlis shura PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ketua Ulama' PAS, Harun Taib dan lain-lain yang mula mengeluarkan kenyataan berlawanan daripada kenyataan Nurul sama ada secara terus menembak Nurul atau berkias.

Trend mereka dari PAS ini difahami kerana apa guna menjustifikasikan benda yang salah tambah-tambah lagi melibatkan akidah. Jika dulu benda yang berkaitan syariah iaitu Hudud dan CSL boleh dibawa hingga berdemo dan bermemorandum, kenapa benda yang lebih besar melibatkan akidah harus dijustifikasi? (bila Allah nak tunjuk)

Nasruddin Tantawi dalam kenyataannya menegaskan tiada kebebasan beragama bagi orang yang sudah Islam walaupun beliau tidak mahu mengulas isu Nurul. Nasharuddin pula terang-terang menembak Nurul dengan berkata orang Islam tiada hak memilih agama.

Datuk Dr Mahfodz juga menegaskan kebebasan beragama tidak tertakluk kepada umat Islam. Malahan Harun Taib berkata kelmarin, 'jika dia (Nurul) rasa bersalah dia perlu tarik balik dan memohon maaf?' -Jika kenyataan itu tidak salah, tiada siapa akan menyarankan untuk mohon maaf.

Kebanyakkan Ulama PAS (kecuali sang k. gereja) kuat menunjukkan kenyataan Nurul Izzah itu SESAT dan tidak perlu dijustifikasi. Seelok-eloknya ambil saja nasihat Ust harun Taib, taubat dan mohon maaf, TAPI mustahillah, kalau dah bapa borek anak pasti rintik.

Junah - Kepada Nurul, ada perbezaan antara TERJEMAH (yang tersurat) dan TAFSIR (yang tersirat) ayat-ayat Al Quran.