![]() |
PEMAIN Amerika Syarikat, Michael Bradley (kiri) diasak pemain Ghana, Andre Ayew pada aksi perlawanan Kumpulan G Piala Dunia di Natal, awal pagi ini. - Foto AP |
Gol itu berpunca daripada satu gerakan pantas dari sebelah kiri dengan kapten pasukan itu berjaya melepasi kawalan John Boye sebelum merembat pada paras rendah menewaskan penjaga gol Ghana, Adam Kwarasey.
Jaringan oleh Dempsey itu dikatakan kelima terpantas dalam sejarah Piala Dunia.
Ghana kemudian menyamakan kedudukan 1-1 melalui Andrew Ayew pada minit ke 82 namun ianya tidak dapat bertahan lama. Empat minit kemudian, John Brooks menambah gol Amerika Syarikat dengan tandukan yang cantik.
Keputusan penuh, Amerika Syarikat 2 Ghana 1