![]() |
PEMAIN Nigeria, Ogenyi Onazi (kiri) bersaing dengan pemain Iran, Reza Ghoochannejhad dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia, awal pagi tadi. Keputusan terikat 0-0. - Foto REUTERS |
Ketika edisi kali ini di Brazil penuh dengan jaringan dan drama, perlawanan ini harus dilabel hambar dengan kedua-dua pasukan gagal merobek gawang lawaN sepanjang tempoh 90 minit permainan.
Nigeria - yang kini tanpa sebarang kemenangan daripada sembilan perlawanan Piala Dunia berjaya menembusi pintu gol lawan tapi jaringan itu dibatalkan sebab kesalahan ke atas penjaga gol, Alireza Haghighi.
Ini bererti juara Afrika itu dan Iran kini terpaksa menewaskan pasukan baru dari Eropah, Bosnia andai mereka menyimpan harapan mahu layak ke kelompok 16 terakhir kejohanan kali ini.
NIGERIA 0
IRAN 0
- AFP