Responsive Advertisement

Sukan Komanwel: Poh San gah menang perak rutin riben

GLASGOW: Gimnas negara, Wong Poh San menghadiahkan satu lagi pingat untuk kontinjen negara apabila meraih gangsa acara gelung individu di Arena SS Hydro di Glasgow, hari ini.

Atlet berusia 17 tahun itu mengutip 14.650 mata dalam disiplin berkenaan yang dimenangi Patricia Bezzoubenko dari Kanada yang mengumpul 14.800 manakala perak menjadi milik atlet Wales, Francesca Jones, 14.750.

Seorang lagi atlet negara, Amy Dict Weng Kwan hanya mampu menyudahkan cabaran ditempat keenam dengan pungutan 14.200 daripada jumlah lapan penyertaan dalam acara berkenaan kali ini.

Ini adalah pingat kedua disumbang pasukan gimnastik gimrama negara selepas mengutip gangsa dalam acara berpasukan pada hari pertama manakala Zulhelmi Md Pisol menyumbang perak dalam acara angkat berat lelaki untuk menjadikan keseluruhan tiga untuk kontinjen negara selepas tiga hari kejohanan.