Responsive Advertisement

Sukan Komanwel: Skuad hoki lelaki benam Kanada 2-0

GLASGOW: Skuad hoki lelaki negara memulakan cabaran dengan nota ceria selepas menewaskan Kanada 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di di Pusat Hoki Glasgow di sini, hari ini.

Gol pasukan Negara adalah sumbangan Ahmad Kazamirul Nasruddin pada minit ke-15 dan Izwan Firdaus Ahmad Tajudin, minit ke-69 - sekali gus menyemarakkan semangat apabila turun ke gelanggang menentang England, esok (Ahad).
Selain Malaysia, Kanada, England dan Trinidad & Tobago, Kumpulan B turut disertai New Zealand.

Dalam satu lagi perlawanan, New Zealand membelasah Trinidad & Tobago 8-0 dan pada perlawanan pembukaan Khamis lalu, pasukan itu membelasah Kanada 3-1.

England pula turut menang dalam perlawanan pertama Khamis lalu apabila menumpaskan Trinidad & Tobago 6-1.