Responsive Advertisement

Ahli akademik saran ajar agama diluar waktu sekolah

KUALA LUMPUR: Seorang ahli akademik hari ini mencadangkan pendidikan agama diajar luar waktu sekolah, mengatakan sistem pendidikan tidak seharusnya membuatkan pelajar, terutama yang bukan Islam, rasa berbeza antara satu sama lain.

Sharifah Munirah Alatas berkata pendidikan agama akan menyebabkan kanak-kanak dari kaum lain rasa tersisih. Pada ketika ini, katanya, pelajar bukan Islam sudah jadi minoriti di sekolah kebangsaan.



“Majoriti ke satu arah untuk belajar satu subjek khusus dan ini mudah mempengaruhi kanak-kanak. Pemisahan tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan tentang gerakan sosial.

Sharifah Munirah, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata kanak-kanak sekolah patut membesar bersama sebagai satu kumpulan. “Mereka patut jalani hari mereka bersama, bermain permainan sama-sama. Jadi, adakan kelas agama selepas waktu sekolah,” katanya.

Beliau juga mencadangkan ibu bapa diminta menyertai kelas agama bersama anak kerana mereka perlu ajar moral pada anak-anak.”

Agama, katanya, perkara peribadi dan harus luar sistem sekolah.

Sharifah Munirah berkata satu lagi isu dengan kelas agama adalah ketiadàaan “guru yang betul yang mengajar Islam yang betul”.

Beliau tidak yakin dengan cara Islam diajar di sekolah.

Sumber: Free Malaysia Today