Responsive Advertisement

Fahami Pakej Mata Pelajaran yang menggantikan sistem Aliran Sains & Sastera

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran (MP) baharu bagi tingkatan 4 dan 5 telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pakej ini disusun berdasarkan keperluan murid untuk meneruskan pengajian ke peringkat lepasan menengah seperti universiti, Matrikulasi, Tingkatan Enam, Kolej Komuniti, politeknik dan setaraf dengannya.

Walaupun disusun berdasarkan minat dan kebolehan murid, ia masih bergantung kepada kemudahan dan tenaga pengajar di sekolah.

Dari segi pelaksanaan, murid masih perlu mengikuti 3 kumpulan Mata Pelajaran iaitu
  • MP teras, 
  • MP wajib dan 
  • MP elektif.
Mata Pelajaran Teras:
  • Bahasa Melayu, 
  • Bahasa Inggeris, 
  • Sejarah, 
  • Matematik, 
  • Sains dan 
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. 
Manakala MP wajib ialah PJPK. Bagaimanapun terdapat juga pengecualian bagi subjek teras (rujuk gambar).

Bagi MP elektif pula menawarkan 2 pakej utama iaitu

  • pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) dan
  • pakej Sastera & Kemanusiaan.

Pakej STEM terdiri daripada 3 kriteria:
  1. Mengambil semua MP sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan,
  2. Mengambil mana-mana 2 MP sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya 1 MP elektif STEM sains gunaan dan teknologi ATAU MP bukan daripada elektif STEM; atau
  3. Mengambil mana-mana 2 MP elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana 1 MP Vokasional (MPV).
Pakej Sastera dan Kemanusiaan

Gabungan MP yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas.

Rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 6 2019