Responsive Advertisement

Adakah TELUR PECAH selamat dimakan?

Tahukah anda telur yang tercemar dengan bakteria Salmonella adalah penyebab utama keracunan makanan pada manusia dan boleh mengancam nyawa terutama kepada ibu mengandung, warga tua dan kanak-kanak.

Bakteria Salmonella ditemui dalam usus ayam dan ayam boleh dijangkiti oleh Salmonella melalui baja, ladang, najis semasa pengangkutan serta sewaktu penyembelihan dan pemprosesan ayam di kilang.

Walaupun langkah terbaik diambil bermula dari ladang hingga ke pemprosesan untuk mencegah jangkitan Salmonella ini pada telur, namun keberangkalian ianya terjadi tetap ada terutama ketika penjualan.

Dan adakah anda rasa TELUR PECAH ini bersih dan selamat dimakan? Pencemaran boleh berlaku bermula ketika telur tersebut pecah diikuti dengan pemprosesan untuk mengutip telur pecah dan memasukkannya ke dalam plastik. Pencemaran juga boleh berlaku ketika penyimpanan untuk jualan.

Dapatkah anda bayangkan bagaimana proses itu berlaku? Adakah pengendali cuci tangan sebelum mengendalikannya? Adakah tempat untuk memproses telur itu bersih? Bagaimana dengan peralatan yang digunakan? Adakah anda rasa ia bersih dan dalam keadaan baik? Bagaimana pula dengan bahan pembungkus yang digunakan? #adminrisau

Bagaimana dengan pembeli, adakah telur tersebut terus dimasak dan dimakan? Atau ianya disimpan entah berapa lama dan adakah ianya disimpan pada suhu yang sesuai (suhu sejuk) atau dibiarkan beberapa jam sehingga menggalakkan pembiakan bakteria? Adakah ia dimasak sempurna? Hurm, terlalu banyak yang perlu dititik beratkan berkenaan #TelurPecah ini.

Di sebalik telur pecah ini, terdapat penilaian risiko keselamatan makanan yang perlu dibuat agar telur pecah ini memang benar benar tidak tercemar dan selamat untuk dimakan

Jika ianya tercemar, tidakkah ia memudaratkan kesihatan pengguna? Siapapun layak untuk mendapat makanan yang selamat untuk meneruskan kehidupan.

Apapun, pilihan di tangan anda. Sama-sama kita “educate” agar orang ramai tidak terabai nyawa
memakan makanan yang tidak pasti keselamatan dan kualitinya.

Sebarang aduan, boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri.

#mfsmaubilang #telurpecah #telur #salmonella #keracunanmakanan #foodsafety #malaysia #sw

Kredit : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan