Responsive Advertisement

Hindu marah dengan bila radio siarkan pengakuan muallaf

Satu kumpulan Hindu telah membuat laporan polis ke atas minnal FM yang menyiarkan pengakuan seorang bekas kasta Brahmin yang masuk Islam kerana mendapat mimpi kalimah tauhid.

“We have nothing against the promotion of Islam but the speaker has no right to make statements that belittle other faiths.

Mereka kecewa kerana radio itu tidak sensitif menyiarkan pengakuan begitu di saat Deepavali bakal tiba yang kelihatan memperlekehkan ajaran agama mereka.

S Vell Paari dari MIC menyelar tindakan radio tersebut.

Bila disiasat program tersebut dibawah kendalian Jakim, jabatan di bawah jabatan perdana menteri.

“There has been a huge outcry against [PKR vice-president] Nurul Izzah Anwar over her remarks which purportedly promote apostasy. But aren’t these programmes doing the same?”

Selepas laporan polis dibuat, Paari membayangkan adakah polis akan menghantar sekumpulan 15 orang untuk menyerbu Jakim seperti mana mereka menyerbu pejabat Malaysiakini kerana surat pembaca yang memuji Nurul Izzah Anwar kerana kenyataan 'tiada paksaan menganut agama, termasuk orang Melayu' 3 Nov lalu.

Paari menambah lagi, kalau ada slot begitu untuk program Islam mungkin masa akan datang patut ada slot yang sama untuk agama-agama lain.


Junah: Bersatulah orang Islam, apa dah jadi dengan kita ni, dulu masa kita bersatu tak dengar pula bunyi sampai macam ini punya kuat, tapi sekarang kerana gila kuasa, apa dah jadi dengan kita?